Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Kampung Tringgus Rabak Rotan Jalin Kerjasama Padu Dengan JAPEN

By 21 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sumardi Sugiman/Jackson Abell ( Sarawak)

BAU, 21 Mac (MalaysiaAktif) – Program JIWA@Komuniti MADANI Sembang Santai anjuran Jabatan Penerangan (JAPEN) Daerah Bau semalam membuktikan jalinan kerjasama yang padu antara Komuniti MADANI Kampung Tringgus Rabak Rotan dan Jabatan Penerangan (JAPEN) Daerah Bau dalam usaha kedua-dua pihak meningkatkan penyampaian dan penyaluran maklumat yang berkesan kepada komuniti.

Retar menyampaikan ceramah keselamatan dalam talian sempena Program JIWA@Komuniti MADANI di sini semalam.

Ketua Komuniti MADANI Kampung Tringgus Rabak Rotan, Retar Yasi, 58, semasa program tersebut sempat memberi peringatan kepada setiap keluarga dan komuniti agar mengambil sikap sentiasa berwaspada dan mengelak daripada menggunakan wifi awam ketika melakukan transaksi perbankan dan urusan jual beli dalam talian supaya tidak menjadi mangsa penggodam.

“Wifi awam yang tidak selamat boleh membuka pintu kepada penggodaman untuk mencuri data peribadi kita seperti butiran perbankan, log masuk dan kata laluan semasa transaks,” katanya semalam.

Sudut Maklumat Rakyat JAPEN Bau menjadi tumpuan peserta program mendapatkan pelbagai bahan maklumat inisiatif kerajaan dan isu-isu semasa.

Sehubungan itu, katanya adalah mustahak supaya setiap keluarga dan komuniti di sini mengambil pendekatan melindungi maklumat peribadi.

Pegawai Penerangan Daerah Bau, Sumardi Sugiman yang turut hadir pula berkata program berkenaan menjadi platform Komuniti MADANI memberi pandangan dan maklumat balas berkaitan inisiatif kerajaan dan isu-isu semasa.

 

-RJ-

Tinggalkan komen anda