Skip to main content
Berita TempatanLabuan

BFF @ Labuan 2025 Bukti Jaringan Kerjasama Ekonomi yang Saling Melengkapi

By 27 Julai 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/BKVS JAPEN

LABUAN, 27 Jul (MalaysiaAktif) – Penganjuran Borneo Flora Festival 2025 (BFF) @ Labuan adalah cerminan kesediaan semua pihak untuk memperkukuh jaringan kerjasama ekonomi.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, program tersebut pada hakikatnya membawa satu mesej yang lebih besar daripada sekadar acara bunga dan landskap.

“Ia mencerminkan kesediaan semua pihak untuk memperkukuh jaringan kerjasama ekonomi, budaya dan komuniti merentas sempadan geografi dan seterusnya membentuk satu ekosistem serantau yang saling melengkapi antara satu dengan yang lain.

Raja Zarith Sofiah melihat sendiri hiasan flora yang mempesona

“BFF @ Labuan 2025 ini akan membuka ruang baru kepada pertukaran ilmu, promosi pelaburan dan integrasi jaringan dagangan serantau dalam sektor pelancongan, landskap dan hortikultur,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Borneo Floral Festival tahun 2025 di sini semalam.

Tambahnya, sebanyak 50 ribu pengunjung disasarkan memeriahkan program itu dengan jangkaan kesan ekonomi perbelanjaan langsung sebanyak 20 juta ringgit dengan harapan para pelancong yang hadir ke Labuan itu kelak akan menjadi returning visitor ke Labuan.

“Impaknya, bukan hanya untuk sektor pelancongan semata-mata, malah akan turut menjana peluang sosioekonomi tempatan, khususnya kepada industri seperti perhotelan, makanan dan peniaga-peniaga kecil,” ujarnya.

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan merasmikan festival bunga terbesar di Kepulauan Borneo itu dan seterusnya berkenan meninjau sendiri pameran bunga-bungaan yang berwarna-warni di BFF @ Labuan 2025.

-AA-

Tinggalkan komen anda