Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Selangor Bakal Jadi Hab Buku Kanak-Kanak

By 27 Julai 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhd Afiqq (Selangor)

SHAH ALAM, 27 Jul (MalaysiaAktif) – Selangor berpotensi menjadi pust penerbitan, penghasilan, penterjemahan dan industri buku kanak-kanak, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau perkara itu boleh diterjemahkan apabila rakyat negeri itu menjadikan membaca sebagai amalan harian dan budaya dengan menimbulkan minat sedari usia kanak-kanak.

Amirudin Shari semasa menyempurnakan Majlis Perasmian Pesta Buku Kanak-Kanak Selangor 2025

“Budaya membaca yang betul disamping memilih bahan bacaan yang berkualiti secara tidak langsung akan melahirkan generasi dan harapan masa depan yang maju,” katanya semasa ucapan perasmian Pesta Buku Kanak-Kanak Selangor 2025, di sini kelmarin.

Dalam pada itu, beliau berharap pesta berkenaan berinspirasi untuk menjadi sebagai sebuah pusat buku bertaraf antarabangsa yang menawarkan aktiviti menarik buat kanak-kanak.

Penganjuran pesta tersebut menyaksikan lebih 80 aktiviti menarik dirancang sepanjang empat hari, dengan penyertaan 130 reruai pameran dan jualan.

Hadir sama EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor Mohd Najwan Halimi dan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Mastura Muhamad.

-AA-

Tinggalkan komen anda