Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Dialog Interaktif Mantapkan Perpaduan Komuniti

By 28 Julai 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini/Anuar Che Amat

KANGAR, 28 Jul (MalaysiaAktif) – Sesi Dialog Interaktif Keselamatan dan Perpaduan menjadi kemuncak program Town Hall Keselamatan dan Perpaduan Negara Tahun 2025 Peringkat Negeri Perlis yang bertemakan Menjulang Perpaduan, Memperkasa Keselamatan bertempat di Auditorium Perpustakaan Awam Perlis, kelmarin.

Sesi kendalian Pensyarah Kanan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis Dr. Ismail Maarof itu membuka ruang dialog antara rakyat dan agensi kerajaan sekali gus menzahirkan komitmen ke arah keselamatan dan keharmonian bersama.

Simbolik perasmian Sesi Town Hall oleh Timbalan Setiausaha (Pengurusan) Kerajaan Negeri Perlis

Antara agensi yang hadir menjawab soalan serta berkongsi peranan mereka ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN), dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Sesi dialog berlangsung selama hampir satu jam menyentuh pelbagai isu kritikal dengan secara telus dan berfakta, termasuk strategi menangani penyebaran berita palsu, penglibatan komuniti dalam pencegahan jenayah sosial serta cabaran dadah sintetik yang kini hadir dalam bentuk baharu dan sukar dikesan.

 

Program berkenaan dilihat sebagai antara inisiatif dalam memperkukuh kefahaman masyarakat serta membina jambatan komunikasi dua hala antara rakyat dan agensi kerajaan.

Program berkenaan wajar diteruskan sebagai medium dialog rakyat dan agensi secara langsung, selaras aspirasi Malaysia MADANI yang mendukung prinsip perpaduan, keamanan dan kesejahteraan menyeluruh dalam memperkukuh kefahaman masyarakat serta membina jambatan komunikasi dua hala antara rakyat dan agensi kerajaan.

-AA-

Tinggalkan komen anda