Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Dua Pelajar Orang Asli Pahang Terima Anugerah Khas STPM, SPM 2024

By 16 Julai 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Radiah Rahim/Zayana Isa (Pahang)

KUANTAN, 16 Jul (MalaysiaAktif) – Dua pelajar Orang Asli di negeri Pahang menerima Anugerah Khas Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 pada Majlis Anugerah Murid Cemerlang (AMC) Tahun 2024, di sini semalam.

Empat orang pelajar cemerlang tersebut bergambar kenangan.

AMC anjuran Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) itu diadakan bagi mengiktiraf murid Orang Asli yang cemerlang dalam SPM dan STPM selain membina rangsangan dan membentuk galakan kepada semua murid dari kumpulan berkenaan agar berusaha mencipta kecemerlangan pada masa hadapan.

Seramai 116 orang murid Orang Asli memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM manakala 33 pelajar cemerlang dalam STPM menjadikan dengan jumlah keseluruhan seramai 149 orang.

Empat pelajar cemerlang menerima Anugerah Khas ialah Roziana Tan Beng Hai (STPM CGPA 4.00) dari Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Tanjung Gemok dan Siti Nur Hawani Muhammad Almi (SPM 9A) dari Sekolah Menengan Agama Al-Hasanah, kedua-duanya dari Rompin, Pahang; Nurul Ain Syuhada Afizan (SPM 9A) dari SMK Agama Sultan Azlan Shah, Bota, Perak; dan Grace Emily Julija (SPM 9A) dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Mersing, Johor.

Menurut Roziana, 20, usaha kerasnya membuahkan hasil apabila mencatat keputusan cemerlang dalam STPM 2024.

“Saya ingin membalas jasa ibu saya yang membesarkan saya seorang diri dan saya mahu berikan ibu saya sesuatu (kejayaan) supaya dia tidak rasa sia-sia membesarkan saya,” katanya.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAKOA, memberitahu jumlah insentif yang diberikan sebanyak RM45,550.

Manakala Siti Nur Hawani, 18, yang bercita-cita menjadi seorang guru berkongsi rahsia kejayaan dirinya.

“Saya bangun awal pagi dan menguruskan masa saya kerana aliran saya subjek agama, saya banyak menghafal di awal pagi dan sebelah malam saya buat latihan matematik,” katanya yang menerima tawaran ke Institut Pengajian Guru (IPG) Kampus Dato’ Razali, Kuala Terengganu.

Jumlah keseluruhan insentif kepada murid Orang Asli yang cemerlang sebanyak RM45,550 telah diberikan mengikut pecahan yang ditetapkan.

Turut hadir Ahli Dewan Negara Senator Manolan Mohamad dan Senator Shahrol Wizan Sulong, Pegawai-pegawai JAKOA, wakil agensi serta ibu bapa penerima.

-RI

Tinggalkan komen anda