
Laporan/foto: Azran Abdul Malek (Alor Gajah)
ALOR GAJAH, 16 Jul (MalaysiaAktif) – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sentiasa cakna dengan nasib masyarakat luar bandar melalui penganjuran pelbagai program dan penyediaan prasarana khusus untuk masyarakat luar bandar.
Timbalan Menteri KKDW Datuk Rubiah Wang berkata di samping memfokus kepada pembangunan prasarana luar bandar seperti jalan raya, bekalan eletrik dan bekalan air, kementerian itu juga menekankan pentingnya pembangunan modal insan, program sosial dan ekonomi luar bandar.

Rubiah Wang, berkata KKDW juga menekankan pentingnya pembangunan modal insan, program sosial dan ekonomi luar bandar.
“Kita ada 10 agensi di bawah kementerian seperti Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang akan merealisasikan semua program yang telah dirancang berdasarkan dasar pembangunan luar bandar,” katanya.

Simbolik majlis penyerahan rumah PPRS.
Majlis penyerahan rumah Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) turut diadakan di Kampung Kemuning, di sini juga dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (ADUN) Machap Jaya Datuk Ngwe Hee Sem bersama Pegawai Daerah Alor Gajah Datuk Sabrina Thalas.
-RI





