Skip to main content
Berita UtaraBerita TempatanKedah

Jualan Rahmah MADANI Bantu Ringankan Beban Warga KEDA Asam Jawa

By 27 Julai 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syamimi Aaizag Ibrahim (Pendang)

PENDANG, 27 Jul (MalaysiaAktif) – Penganjuran program Jualan Rahmah MADANI dilihat mampu menyediakan barangan keperluan asas pada harga yang lebih rendah daripada pasaran biasa, sekali gus membantu meringankan beban penduduk kampung khususnya golongan miskin dan miskin tegar yang terjejas akibat peningkatan kos barangan asas.

Rokiah (kiri)memilih barangan keperluan yang terdapat di situ.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) KEDA Asam Jawa Talib Kassim, ketika ditemui, berkata sambutan menggalakkan daripada penduduk kampung setiap kali program ini dianjurkan membuktikan betapa pentingnya usaha sebegini diteruskan, apatah lagi apabila ramai yang sanggup datang seawal pagi kerana yakin dengan harga yang murah dan kualiti barangan yang ditawarkan.

“Antara barangan yang ditawarkan termasuk beras, minyak masak, gula, tepung, barangan kebersihan rumah dan barang keperluan dapur lain boleh didapati dengan tawaran potongan harga antara 10 hingga 30 peratus.

“JPKKP KEDA Asam Jawa mengambil insiatif menganjurkan program bertempat di Dewan Lestari, ini kerana ia membawa barangan keperluan asas terus ke kawasan penduduk dan memudahkan mereka mendapatkan bekalan dengan harga murah tanpa perlu mengeluarkan kos tambahan untuk pengangkutan memandangkan jarak ke pasar atau kedai runcit utama agak jauh,” ujarnya.

Antara barangan keperluan harian yang terdapat di Jualan Rahmah MADANI anjuran JPKKP Kampung KEDA Asam Jawa.

Talib turut menyuarakan harapan agar kerajaan terus memperkukuh jaringan sokongan seperti subsidi bersasar, bantuan tunai dan program jualan seperti ini supaya kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

Salah seorang pengunjung yang ditemui, Rokiah Md Rejab, 54, menzahirkan rasa syukur atas penganjuran program yang diadakan kelmarin itu.

“Terima kasih kepada pihak penganjur kerana program ini sangat membantu kami yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan barangan keperluan harian dengan harga yang lebih murah,” ujarnya.

-RI

Tinggalkan komen anda