Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Kembara Merdeka Jalur Gemilang Jelajah Negeri Melaka

By 31 Julai 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan

JASIN, 31 Jul (MalaysiaAktif) – Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025 Peringkat Negeri Melaka berlangsung semalam membabitkan 68 unit kenderaan bagi mengimarahkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi negeri Melaka Datuk Fairul Nizam Roslan, program Kembara Merdeka bukan sekadar konvoi atau acara simbolik mengibarkan Jalur Gemilang.

Kemeriahan suasana perasmian Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Negeri Melaka.

“Ia adalah manifestasi cinta kepada tanah air, satu perjalanan menyemai semangat perpaduan dan simbol solidariti rakyat Malaysia dalam menghayati erti kemerdekaan.

“Tahun ini, tema sambutan kemerdekaan ‘Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni’, yang membawa mesej mendalam dengan mencerminkan komitmen kerajaan untuk mengutamakan kebajikan rakyat dalam aspirasi negara MADANI serta menekankan pentingnya kesejahteraan sosial, keadilan dan perpaduan dalam pembangunan negara,” katanya.

Katanya lagi, sebagai generasi pewaris, perlu menyemarakkan semangat itu bukan sahaja dalam bentuk simbolik tetapi melalui tindakan dan nilai yang kita amalkan setiap hari.

“Penglibatan aktif rakyat khususnya golongan muda dalam program sebegini amat penting agar nilai patriotisme terus subur dalam jiwa kita semua,” ujarnya.

-RI

Tinggalkan komen anda