Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Pemasangan Jalur Gemilang Semarak Semangat Bulan Kebangsaan Komuniti MADANI Kampung Selemas Baru

By 21 Julai 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Janica Jasmine (JAPEN Meradong)

BINTANGOR, 21 Jul (MalaysiaAktif)– Bagi menyemarakkan semangat patriotisme sempena Bulan Kebangsaan yang akan tiba, Pejabat Penerangan Daerah Meradong dan Komuniti MADANI Kampung Selemas Baru bekerjasama memasang Jalur Gemilang di sekitar kawasan Kampung Selemas Baru, kelmarin.

Hidayah dan Rizal memacak Jalur Gemilang.

Program tersebut adalah salah satu usaha Pejabat Penerangan Daerah Meradong menyemarakkan sambutan berkenaan dalam kalangan komuniti setempat melalui penglibatan ahli Komuniti MADANI.

Rizal Abdullah, 59, ketua Komuniti MADANI menghargai usaha Pejabat Penerangan Daerah Meradong dalam menyemarakkan Sambutan Bulan Kebangsaan di kampung tersebut dan menegaskan bahawa program sedemikian juga merupakan platform terbaik untuk mengeratkan kerjasama agensi kerajaan dan komuniti setempat.

Siap untuk dipasang.. Jalur Gemilang yang akan dipasang sekitar kampung.

“Kami menyambut baik usaha pihak Jabatan Penerangan menerapkan semangat patriotisme kepada komuniti kami dan amat mengalu-alukan kerjasama erat bersama Jabatan Penerangan dalam usaha kita bersama menyemarakkan Sambutan Bulan Kebangsaan setiap tahun” kata Rizal.

Menurut beliau lagi, program tersebut turut menjadi tanda kerukunan jalinan hubungan perpaduan sesama komuniti Kampung Selemas Baru, melangkaui perbezaan usia bagi membina masyarakat yang muafakat dan sejahtera.

Bendera Sarawak, Ibu Pertiwiku juga dipasang bersama Jalur Gemilang.

Pada program sama, taklimat “1 Rumah 1 Jalur Gemilang” turut disampaikan oleh Pejabat Penerangan Daerah Meradong bertujuan menerapkan semangat cintakan Jalur Gemilang yang seharusnya dimulakan atau dilaksanakan di rumah setiap ahli Komuniti MADANI.

Hadir sama pada program tersebut, Pegawai Penerangan Daerah Meradong Nor Hidayah Ismail dan ahli-ahli Komuniti MADANI Kampung Selemas Baru.

 

 

 

 

-RJ-

Tinggalkan komen anda