Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Penjurian Anugerah Aspirasi Desa Tumpu Perhatian Pemimpin Setempat

By 14 Julai 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zayana Isa (Pahang)/JPKK Desa Murni Kerdau

TEMERLOH, 14 Jul (MalaysiaAktif) – Desa Murni Kerdau menjadi tumpuan pemimpin setempat apabila Majlis Penilaian Anugerah Aspirasi Desa MADANI (ADM) Peringkat Kebangsaan 2025 berlangsung meriah, Sabtu lalu.

Acara penjurian dikendalikan tujuh panel juri profesional yang menilai keunikan, kreativiti dan impak setiap inisiatif komuniti Desa Murni Kerdau merangkumi penyertaan seluruh lapisan masyarakat dalam pelbagai program pembangunan desa.

Barisan juri dan pemimpin setempat bergambar kenangan di Anjung Tinjau.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Desa Murni Kerdau Mohamad Fazrul Ahmad penganjuran program tersebut menjadi manifestasi keutuhan semangat Desa MADANI yang progresif, berdaya tahan dan berpaksikan komuniti.

Desa Murni Kerdau katanya muncul sebagai contoh terbaik usaha menyeluruh membangunkan desa secara inklusif dan lestari.

“’Desa MADANI, Generasi Terbilang’ bukan sekadar laungan semangat, ia diterjemahkan secara nyata oleh warga Desa Murni Kerdau yang kini tampil sebagai aspirasi desa contoh di peringkat kebangsaan,” katanya.

Antara sesi lawatan yang diadakan semasa penjurian.

Antara aktiviti menarik yang diadakan termasuk, persembahan seni warisan seperti silat, tarian dan gamelan, lawatan ke Pusat Sumber e-Read Desa, Taman Herba, Kebun Sawit, Galeri Desa, Bengkel Pembuatan Parang dan banyak lagi.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau Datuk Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad, Penyelaras DUN Jengka Datuk Sri Dr Ismail Mohamed Said, ADUN Jendrak Datuk Rodzuan Zaaba dan Pegawai Daerah Temerloh Datuk Khairur Rizal Ramli.

-RI

Tinggalkan komen anda