Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Pesakit Kronik Terima Kunjungan Prihatin Komuniti MADANI

By 21 Julai 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M. Anizan Mat Daud

TUMPAT, 21 Jul (MalaysiaAktif) – Komuniti MADANI Geting terus menzahirkan keprihatinan terhadap golongan yang terlantar sakit kronik menerusi program Jiwa@Komuniti MADANI (Kemasyarakatan) yang berlangsung di sekitar Geting, di sini kelmarin.

Antara pesakit kronik dan terlantar yang disantuni.

Program ini mengetengahkan pendekatan ziarah kasih, di mana ahli komuniti turun padang menziarahi rumah ke rumah, menyantuni pesakit kronik serta menyampaikan maklumat dasar semasa kerajaan kepada isi rumah yang diziarahi.

Antara pengisian utama termasuk sesi dialog bersama ahli keluarga pesakit, taklimat ringkas berkaitan inisiatif kerajaan, pengedaran bahan penerbitan serta perkhidmatan sokongan daripada pelbagai agensi kerajaan.

Menurut Ramley Awang, 65, yang menghidap strok, kehadiran Komuniti MADANI ke rumahnya memberikan semangat baharu.

“Saya bersyukur masih ada pihak yang mengambil berat. Ini sangat bermakna untuk kami yang terlantar dan jarang diziarahi. Sedikit sebanyak, kunjungan ini meringankan beban,” katanya.

Menurut Mazalina elemen ziarah kasih akan memberi kesan langsung kepada kesejahteraan golongan yang memerlukan.

Ketua Komuniti MADANI Geting Mazalina Ibrahim, menjelaskan elemen ziarah kasih ini akan terus dijadikan teras utama dalam setiap program komuniti.

“Pendekatan sebegini bukan sahaja mendekatkan kerajaan dengan rakyat, malah memberi kesan langsung kepada kesejahteraan golongan yang memerlukan,” ujarnya.

Program ini turut mendapat kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan. Ia dikelolakan oleh Pejabat Penerangan Daerah Tumpat.

-RI

Tinggalkan komen anda