Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

PSAS Lancar Stesen Pengecas EV TNB Electron Pertama Kampus di Malaysia

By 30 Julai 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shahiran Jamiludin (Muallim)/PSAS

SLIM RIVER, 30 Jul (MalaysiaAktif) – Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) mencatat sejarah dengan pelancaran Stesen Pengecas Kenderaan Elektrik (EV) TNB Electron, sekali gus memperkukuh ekosistem latihan teknologi EV di bawah inisiatif Polytechnic Centre of Technology Automotive and Manufacturing (POLCAM PSAS).

Gimik pelancaran yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komunit.

Menurut Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Datuk Dr. Mohd Zahari Ismail, stesen itu hasil kerjasama strategik PSAS dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak 2023 yang menjadikannya stesen pengecas EV pertama Malaysia di institusi politeknik.

“Kerjasama ini melengkapkan ekosistem latihan EV di PSAS serta menyediakan nilai tambah kepada pelajar melalui latihan praktikal, serta peluang penyelidikan dan pembangunan dalam bidang automotif elektrik dan tenaga boleh diperbaharui,” katanya ketika merasmikan majlis tersebut, di sini semalam.

Sesi bergambar di Tapak Pengecasan EV PSAS.

Tambahnya lagi, usaha itu selaras dengan pendekatan negara memperluas penggunaan EV dan mengukuhkan Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam teknologi hijau menjelang sasaran karbon sifar bersih 2050.

“Dilengkapi pengecas pantas 120kW dwinozel, ia beroperasi 24 jam sehari dengan kemudahan parkir (tempat meletak kenderaan) EV dan sistem pembayaran mudah alih. Stesen ini memberi manfaat kepada warga PSAS, komuniti setempat, serta pengguna dari laluan utama utara-selatan,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda