Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Seni Coret Serlah Kreativiti Golongan Belia

By 28 Julai 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fasharina Kholil (Pengkalan Hulu)

PENGKALAN HULU, 28 Jul (MalaysiaAktif) – Seni coret (doodle arts) semakin mendapat tempat dalam kalangan belia tempatan sebagai medium ekspresi diri dan saluran untuk menyerlahkan kreativiti.

Pertandingan ini melibatkan penyertaan daripada tiga buah sekolah di sekitar daerah ini iaitu Maktab Rendah SAins MARA Pengkalan Hulu, SMK Pengkalan Hulu dan SMK Tun Saban.

Melalui garis dan corak yang unik, golongan muda berjaya menghasilkan karya menarik yang mencerminkan pemikiran serta identiti mereka.

Pertandingan Doodle Arts sempena Fiesta Rakan Muda anjuran Pejabat Belia dan Sukan Pengkalan Hulu berjaya menarik minat golongan belia dengan pelbagai hasil karya bertemakan Rakan Muda telah dihasilkan oleh para peserta.

Menurut Pegawai Belia dan Sukan Pengkalan HuluMohd Rizairi Jamaluddin, seni coret bukan sekadar hobi tetapi turut berpotensi menjadi kerjaya.

“Ramai belia kini menjadikan doodle sebagai platform menjana pendapatan melalui tempahan karya, reka bentuk produk, serta kolaborasi dengan syarikat komersial,” jelasnya.

Katanya lagi, menerusi doodle para peserta dapat menterjemahkan idea dan buah fikiran dengan cara yang santai dan bebas.

Para peserta yang mengambil bahagian dalam Fiesta Rakan Muda, kelmarin.

“Melukis doodle membantu mereka (murid) untuk tenang dan lebih fokus malah ada yang berjaya menjual beberapa karya secara dalam talian,” ujarnya ketika ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Saban sempena Fiesta Rakan Muda, di sini kelmarin.

Seni coret kini bukan sekadar coretan kosong, malah berkembang menjadi gerakan seni moden yang mencerminkan kreativiti dan suara anak muda masa kini.

Melalui sokongan berterusan, seni coret mampu menjadi satu industri seni yang berdaya saing di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

-RI

Tinggalkan komen anda