Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

TH Gerak Dekati Komuniti Bangunan Tun Haji Abdul Razak

By 22 Julai 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini/Siti Nur Balqis

KANGAR, 22 Jul (Malaysiaaktif) – Lembaga Tabung Haji (TH) negeri Perlis hari ini turun padang bertemu penjawat awam di Bangunan Tun Haji Abdul Razak dalam Program TH Gerak yang berlangsung di Dewan Sivik, Jabatan Penerangan Negeri Perlis.

Antara perkhidmatan yang disediakan ialah pembukaan akaun baru, pendaftaran THiJARI dan TH Khairat, kemas kini maklumat peribadi, urusan simpanan tunai sekali gus memudahkan urusan penjawat awam yang tidak berkesempatan ke TH dan tanpa perlu hadir ke cawangan berdekatan.

Taklimat disampaikan oleh Pengarah TH Negeri Perlis.

Menurut Pengarah Tabung Haji Negeri Perlis Burhan Abd Rahman, inisiatif seperti TH Gerak adalah pendekatan proaktif yang selari dengan keperluan semasa masyarakat.

“Antara perkhidmatan utama yang kami bawa terus ke lapangan termasuk pembukaan akaun Tabung Haji untuk anak-anak, kemas kini maklumat peribadi serta pendaftaran platform digital THiJARI.

“Ini bertujuan mendidik masyarakat agar lebih bersedia dari awal dalam pengurusan simpanan dan urusan haji,” jelasnya semasa sesi taklimat ringkas kepada para peserta.

Program dimulakan dengan penerangan interaktif mengenai peranan TH dalam pembangunan komuniti Islam serta kemudahan digital yang disediakan untuk memudahkan urusan pengguna, terutamanya golongan bekerja dan warga emas.

Pengarah Penerangan Negeri Perlis turut mendapatkan perkhidmatan kaunter bergerak TH.

Peserta daalam kalangan penjawat awam di Bangunan Tun Haji Abdul Razak memberi sokongan penuh terhadap penganjuran program ini.

“Program seperti ini memberi pendedahan awal kepada masyarakat, khususnya penjawat awam, mengenai kemudahan digital TH seperti THiJARI yang menjimatkan masa dan memudahkan urusan,” kata Siti Nur Balqis Norazwan, 23, salah seorang peserta yang turut mendengar taklimat oleh TH Gerak.

Program TH Gerak akan terus digerakkan ke lokasi strategik lain di seluruh negeri Perlis dalam usaha memperluas akses kepada perkhidmatan Tabung Haji seiring dengan komitmen Malaysia MADANI.

-RI

Tinggalkan komen anda