Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Umat Islam perlu Mengahayati, Mengamalkan Perjuangan Rasulullah SAW – Tunku Besar Tampin

By 21 Julai 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhamad Muzaffar Marrudzuki

TAMPIN, 21 Jul (MalaysiaAktif) – Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman Ibni Tunku Syed Idrus Al-Qadri, menyeru agar umat Islam memperingati, menghayati dan mengamalkan perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian.

Tunku Besar Tampin tiba ke majlis perasmian.

“Kita perlu sedar bahawa apabila hubungan kita dengan Allah SWT terputus, maka manusia akan hanyut dalam ajaran yang mempunyai pemikiran sesat dan songsang seperti liberalisme yang menolak hukum-hakam agama.

“Dengan ini, saya menyeru umat Islam daerah Tampin untuk mencontoh Nabi Muhammad SAW dengan membina kehidupan yang seimbang dari segi pemikiran, akhlak dan kebendaan,” katanya.

Tunku Syed Razman, berkata demikian di Karnival Hijrah bersempena Maal Hijrah 1447H/2025M di Kompleks Arena Dataran Tampin kelmarin yang berlangsung meriah dengan kunjungan daripada lebih 1,500 orang pengunjung.

Antara pengunjung yang hadir.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh Suhaimizan Bizar.

Karnival yang berlangsung seawal pukul 8.00 pagi itu menyediakan pelbagai acara menarik untuk pengunjung yang hadir antaranya cabutan bertuah, pertandingan memasak, pertandingan mewarna, pertandingan pakaian tradisional dan pertandingan gubahan tuala.

Beberapa sesi ceramah turut diadakan seperti ‘Wanita Bijak al-Quran’ oleh Ustazah Dr. Haniah Salwana, ‘So Sweet My Love’ oleh Ustazah Norbahyah dan Ustaz Wan Akashah, ‘Hijrah Menuju Redha Ilahi’ oleh Ustaz Syamsul Debat serta persembahan nasyid daripada kumpulan Inteam.

-RI

Tinggalkan komen anda