Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Bas Pameran Bergerak JBPM Tarikan Program JIWA@Komuniti MADANI Simpang Pulai

By 4 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Nashran (Kampar)

GOPENG, 4 Ogos (MalaysiaAktif) – Keunikan dan pendekatan interaktif yang ditampilkan Bas Pameran Bergerak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak menarik perhatian ramai sempena Program JIWA@Komuniti MADANI Kemasyarakatan yang berlangsung di Dewan Komuniti Taman Bersatu, Simpang Pulai, di sini semalam.

Tan Kar Hing dan Wong Chai Yi melawat Bas Pameran Bergerak JBPM sempena Program JIWA@Komuniti MADANI Kemasyarakatan.

Bas yang dilengkapi pelbagai kemudahan maklumat dan demonstrasi keselamatan itu menjadi antara tarikan utama program yang menghimpunkan komuniti setempat bersama pelbagai agensi kerajaan.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai Norazlina Robak’aee, antara bahan pameran dalam bas tersebut termasuklah jeriji keselamatan khas yang dicadangkan untuk dipasang di rumah dan boleh dibuka semasa kecemasan serta alat pengesan asap yang berfungsi mengesan kebakaran pada peringkat awal.

“Selain itu, turut dipamerkan pakaian rasmi Kelab Bomba Cilik, kelengkapan penyelamatan di air, tayangan video berkaitan Kempen Kesedaran Keselamatan Awam, serta alat pemadam api untuk tujuan pembelajaran,” katanya kepada MalaysiaAktif.

Bas tersebut lengkap dengan pameran interaktif bagi pendedahan kepada pengunjung cara-cara untuk mencegah kebakaran.

Tambahnya, kehadiran bas itu di kawasan komuniti memberi peluang kepada orang ramai melakukan soal jawab secara terus kepada anggota bomba dan melihat sendiri peralatan yang digunakan dalam operasi penyelamatan harian.

Program yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai Wong Chai Yi itu turut dihadiri Ahli Parlimen Gopeng Tan Kar Hing dan Pegawai Penerangan Daerah Kampar Roziah Ishak.

-RI

Tinggalkan komen anda