Skip to main content
Berita UtaraBerita TempatanPerak

Deruman 20 Motosikal Berkuasa Tinggi Meriahkan KMJG di Pengkalan Hulu

By 10 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fasharina Kholil (Pengkalan Hulu)

PENGKALAN HULU, 10 Ogos (MalaysiaAktif) – Deruman 20 enjin motosikal berkuasa tinggi telah memeriahkan suasana sempena Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025 yang melewati daerah Pengkalan Hulu yang bertempat di maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Hulu, di sini kelmarin.

Sebahagian pelajar-pelajar MRSM yang terlibat.

Konvoi oleh pebagai jenis kenderaan jabatan dan penunggang motosikal daripada Kelab Permotoran K16 dan Kedah DG Bikers itu memulakan perjalanan dari Baling, Kedah dan tiba di perkarangan Dewan Al Fatih, MRSM Pengkalan Hulu menjadi tarikan utama para pelajar serta penduduk setempat.

Pengetua Shahariman Ab Rahman berkata pihaknya amat berbangga kerana terpilih menjadi salah satu lokasi persinggahan KMJG negeri Perak.

“Saya percaya program seperti ini adalah platform terbaik untuk menyemarakkan semangat patriotisme dan rasa cinta kepada negara dalam kalangan rakyat negara ini khususnya generasi muda.

Pengetua Shahariman Ab Rahman (duduk) menandatangani buku KMJG 2025.

“Program ini dapat mendedahkan generasi muda tentang tanggungjawab serta amanah sebagai warganegara dan pentingnya menjaga keharmonian serta kestabilan negara. Ia juga membantu membentuk generasi masa depan yang lebih prihatin, bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyai semangat cintakan negara,” ujarnya.

Konvoi KMJG 2025 meneruskan perjalanan ke Gerik dan singgah di Kelantan bagi menggelorakan lagi sambutan Bulan Kebangsaan.

Turut hadir Ketua Konvoi KMJG Perak Nurul Azirah Mohd Yunus, Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Kedah Nurazila Azizan dan Timbalan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Muktimedia Malaysia (MCMC) Perak Ts. Faizul Azlee Mahat.

-RI

Tinggalkan komen anda