Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Festival Makanan Fantastic Food Fest by Kak Nab 13.0 Tarik Ribuan Pengunjung

By 4 Ogos 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zulkarnain Rodzi/Sures Maniam (Kota Setar)

ALOR SETAR, 4 Ogos (MalaysiaAktif) – Festival makanan popular, Fantastic Food Fest By Kak Nab 13.0, yang berlangsung di perkarangan Stadium Darul Aman dari 31 Julai hingga semalam berjaya menarik perhatian ribuan pengunjung dari seluruh negeri.

Orang ramai tidak melepaskan peluang ke festival makanan tular ini.

Festival itu menyaksikan penyertaan lebih 30 usahawan tempatan, dengan majoriti reruai menjual makanan unik dan inovatif yang tular di media sosial dan menjadi kegemaran ramai.

Keistimewaan festival itu terbukti apabila pengunjung sanggup beratur panjang di bawah terik mentari demi mencuba pelbagai sajian menarik yang ditawarkan sekali gus menunjukkan sambutan yang amat menggalakkan terhadap penganjuran festival tersebut.

Antara reruai yang mendapat sambutan hangat.

“Dalam cuaca yang agak panas, saya beratur hampir satu jam demi membeli ‘Donut Susu Berayaq’ yang viral (tular) ini,” ujar Nur Afifah Atiqah Yaakob, 30, ketika ditemu bual MalaysiaAktif semalam.

Program itu ternyata bukan sahaja memberi ruang kepada pengusaha makanan mempromosikan produk mereka, malah membantu merancakkan ekonomi tempatan.

-RI

Tinggalkan komen anda