Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

‘Jom Menyeroq’ Sarapan Retro 60-an Hangatkan Pagi Kampung Parit Teropong

By 11 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aidil Azhar/ Hasmah Hanafi (Bandar Baharu)

BANDAR BAHARU, 11 Ogos (MalaysiaAktif) – Bau harum kopi ‘O’ kampung dan nasi lemak daun pisang memenuhi udara pagi di Dataran Surau Kampung Parit Teropong, apabila program ‘Jom Menyeroq Sekampung’ bertemakan klasik era 60-an berlangsung meriah, kelmarin.

Mengenakan konsep cara tradisional iaitu makan secara bersimpuh di atas tikar mengkuang.

Suasana di tepi sawah padi yang menjadi lokasi program dihiasi gerai berkonsep retro, serta alunan lagu-lagu klasik membuatkan pengunjung seolah-olah kembali ke era kegemilangan hitam putih.

Penganjur program, Ramli Abdun, 65, berkata tujuan utama acara itu adalah untuk mengimbau nostalgia zaman dahulu di samping mengeratkan hubungan sesama penduduk.

“Bukan sekadar makan pagi, ini peluang untuk kita berkumpul, bersembang dan merasai semula suasana yang jarang-jarang ada sekarang,” ujar Ramli.

Antara yang paling mencuri perhatian ialah pemenang gerai tercantik milik Yusri Yusuf, yang lengkap berpakaian mengikut tema.

Setiap gerai yang ada mempamerkan tulisan Jawi demi mengembalikan nostalgia zaman dahulu.

Nasi lemak dan kopi ‘O’ hasil air tangannya dimasak menggunakan dapur kayu, manakala bungkusannya menggunakan daun pisang persis cara orang lama.

Gelak tawa, bau masakan kampung dan keriuhan warga tempatan menjadikan ‘Jom Menyorok’ bukan sekadar sarapan, tetapi satu pengalaman yang mengikat memori dan hati.

-RI

Tinggalkan komen anda