
Laporan/foto: Mahrani/Zatul Iffah (Kulim)
KULIM, 18 Ogos (MalaysiaAktif) – Beras RM50 setiap 20 kilogram menjadi tarikan utama pengunjung ke program Jualan Rahmah MADANI Program Jiwa Komuniti MADANI bersama Gerakan Pengguna Daerah Kulim di Perkarangan Pejabat Penerangan Daerah Kulim, di sini, kelmarin.

Edaran Jalur Gemilang oleh Pejabat Penerangan Daerah Kulim kepada pengujung yang hadir.
Pengunjung mengambil peluang membeli lebih daripada 10kg beras kerana harganya yang murah dan berpatutan.
Melalui Jualan Rahmah MADANI rakyat menikmati penjimatan harga bagi barangan asas seperti minyak masak, gula, tepung, ayam serta pelbagai produk lain.
“Penganjuran program seperti ini sangat bermanfaat kerana dapat berbelanja dengan banyak tapi harga murah dan berbaloi,” kata Rahani Jusoh, 63, salah seorang pengunjung.

Edaran risalah Penerbitan Jabatan Penerangan kepada pengujung yang hadir.
Inisiatif itu dilaksanakan dengan kerjasama strategik antara kerajaan, pengeluar, pengedar dan peniaga bagi memastikan bekalan mencukupi serta harga yang ditawarkan kekal berpatutan.
Pejabat Penerangan Daerah Kulim turut turun padang mengadakan perkongsian maklumat berkaitan inisiatif kerajaan, jenayah siber dan pengisian sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 selain mengedarkan risalah dan Jalur Gemilang kepada pengunjung yang hadir.
-RI





