Skip to main content
Berita TempatanSarawak

KMKK DUN Tellian Diperkasa Melalui Program Jiwa@Komuniti MADANI

By 27 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto : Syahrulizan Madian (Sarawak)

MUKAH, 27 Ogos (MalaysiaAktif)– Seramai 100 Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tellian menyertai Program Jiwa@Komuniti MADANI (Kemasyarakatan) anjuran Pejabat Penerangan Daerah Mukah di Bilik Majlis, Bangunan Pentadbiran Baru Mukah, di sini, semalam.

Program membabitkan kerjasama Pejabat Daerah Mukah, Persatuan Ketua-Ketua Kaum dan Masyarakat serta Majlis Tuai-Tuai Rumah bagi memperkasakan peranan KMKK sebagai pemimpin akar umbi.

Sesi fotografi Royston bersama ketua masyarakat dan ketua kaum.

Program tersebut dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Royston Valentine yang menekankan bahawa KMKK adalah penghubung utama antara rakyat, kerajaan dan wakil rakyat.

Dalam ucapannya, Royston memaklumkan kesediaannya berjumpa secara langsung dengan setiap KMKK bagi menangani sebarang isu membabitkan komuniti.

“Fokus kita harus kekal kepada pembangunan negeri dan bukannya isu politik yang tidak tepat,” katanya lagi.

Royston menekankan peranan KMKK sebagai penghubung utama antara rakyat dan kerajaan semasa merasmikan Program Jiwa@Komuniti MADANI di Mukah.

Antara pengisian program ialah ceramah Pengucapan Awam dan Chatbot AIFA oleh Pegawai Penerangan Daerah Mukah Syahrulizan Madian, Pengurus NADI Kampung Tellian Ulu Mohamad Aniq Amsyar Fauzi berkaitan sesi teknologi AI dan Nolin Gendang dari Pejabat Daerah Mukah yang menyentuh slot pemerkasaan.

Program itu mendapat sambutan positif KMKK yang hadir dan disifatkan sebagai usaha penting dalam memperkukuh kepimpinan komuniti sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI.

-RJ-

Tinggalkan komen anda