Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Konvoi Motosikal Komuniti MADANI Limbong Semarakkan Semangat Kemerdekaan

By 29 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syuhada Yasin/Lyana Saad (Pokok Sena)

POKOK SENA, 29 Ogos (MalaysiaAktif) – Komuniti MADANI Limbong meraikan sambutan bulan kebangsaan dengan cara unik apabila menganjurkan Konvoi Motosikal Patriotik yang membawa Jalur Gemilang di sepanjang laluan bandar dan kampung, semalam.

Ketua Konvoi menyerahkan Jalur Gemilang kepada Pengerusi JPKKP Kampung Tualang.

Konvoi oleh 20 ahli Komuniti MADANI Limbong itu memulakan perjalanan dari Vistana Indah, Langgar, sebelum singgah di hentian pertama di rumah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Pokok Asam bagi menyerahkan Jalur Gemilang.

Perjalanan kemudian diteruskan ke Kampung Telok Jamat dan berakhir di Kampung Tengah Tualang diringi kenderaan Jabatan Penerangan (JAPEN) yang memainkan lagu patriotik bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam kalangan peserta dan penduduk kampung.

Lyana Athirah dari Pejabat Penerangan Daerah Pokok Sena memberikan pencerahan mengenai etika pemasangan dan pelupusan Jalur Gemilang yang betul.

Taklimat etika pemasangan Jalur Gemilang oleh Lyana Athirah.

Ketua Komuniti MADANI Limbong Che Zahari Che Ani dalam ucapannya menegaskan bahawa program seumpama itu bukan sahaja menyemarakkan semangat kemerdekaan, malah mengeratkan hubungan sesama komuniti.

“Kami berharap program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang kerana ia mampu memupuk rasa cinta kepada negara dan mengeratkan silaturahim antara penduduk,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda