
Laporan/foto: Mohamad Fakhri Md Nor/Andi Abdul Rohim (Manjung)
MANJUNG, 29 Ogos (MalaysiaAktif) – Program Alpha Gen Talent (Jabatan Kemajuan Masyarakat) KEMAS Zon 4 Negeri Perak menjadi platform strategik KEMAS untuk mencungkil, mengasah dan mengembangkan bakat generasi muda di daerah Manjung dan Perak Tengah

Azri Jaafar ketika menyampaikan ucapan perasmian penutup.
Pegawai Khas kepada Menteri Pengajian Tinggi, Azri Jaafar, ketika merasmikan program di Dewan IPD Manjung kelmarin menekankan kepentingan usaha berterusan melahirkan modal insan yang berdaya saing, inovatif dan berpandangan jauh.
“Pembangunan belia merupakan teras kemajuan negara. Kita perlu menyokong inisiatif seperti ini secara menyeluruh dengan penglibatan aktif masyarakat, institusi pendidikan dan agensi kerajaan,” ujarnya.
Tambahnya lagi, program itu turut memberi fokus kepada pembangunan sahsiah, motivasi serta pembentukan kepimpinan dalam kalangan peserta.
“Alpha Gen Talent dijangka menjadi platform utama membentuk generasi muda seimbang dari segi intelek, sahsiah dan kemahiran insaniah dengan sokongan berterusan semua pihak. Usaha ini diyakini mampu melahirkan belia yang bersedia menyumbang secara aktif kepada pembangunan komuniti dan kemajuan negara,” katanya.
Antara aktiviti menarik yang dijalankan termasuk Ikon Bitara Biru, Sayembara Pendeklamator Cilik, Huffaz Cilik, bicara berirama dan persembahan nasyid.
-RI





