
Laporan/foto: Anuar Che Amat
KANGAR, 26 Ogos (MalaysiaAktif) – Potongan harga antara 10 hingga 30 peratus menjadi tumpuan pelanggan yang hadir ke Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) Bergerak bagi Perlimen Kangar sempena Bulan Kebangsaan 2025, di Dewan Warisan Kangar, di sin pagi tadi.

Siti Maria membeli barangan keperluan harian di Jualan Rahmah Madani Bergerak Sempena Bulan Kebangsaan.
Program anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri Perlis itu membawakan lebih 36 jenis barangan keperluan harian, 17 barangan basah dan lapan jenis buah-buahan serta sayur-sayuran kepada pengunjung.
Siti Maria Dahaman, 42, dari Kampung Sungai Serai, Chuping, berkata PJRM Bergerak itu ternyata memberi banyak penjimatan kepadanya.
“Saya perhatikan banyak barangan cukup murah berbanding harga di pasaran semasa seperti telur gred A, yang saya beli ini yang dijual cuma kurang RM9 sepapan dan setiap seorang pengunjung boleh membeli sehingga empat unit barangan dengan harga yang berpatutan,” katanya.
Turut diadakan sesi perkongsian berkenaan aplikasi Price Catcher oleh Pegawai Pemantau Harga untuk mendapatkan perbandingan harga barangan pada harga yang lebih berpatutan dan fungsi pandu arah ke premis pilihan menggunakan aplikasi Waze atau Google Maps.
-RI





