Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Langkah Serentak, Hati Sejiwa: Unity Walk Satukan Rakyat Sempena Sambutan Hari Kebangsaan

By 31 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Magdellina Alfred Jeho/ Ziaulkhumaini Othman (Sarawak)

SARIKEI, 31 Ogos (MalaysiaAktif) – Lebih kurang 8,000 rakyat pelbagai kaum dan latar belakang membanjiri Kompleks Sukan Sarikei seawal jam 5 pagi untuk menyertai acara Unity Walk sempena dengan Sambutan Perayaan Hari Kebangsaan (HKHM) 2025 peringkat negeri Sarawak, di sini, hari ini.

Bersemangat demi Sambutan Hari Kebangsaan, pelbagai lapisan rakyat di Sarikei terlibat dengan Unity Walk.

Bertemakan “Langkah Serentak, Hati Sejiwa”, acara itu bukan sekadar aktiviti riadah semata-mata tetapi simbolik kepada semangat kebersamaan dan cintakan tanah air.

Acara yang disertai Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap Menteri Bertanggungjawab Sambutan Perayaan Hari Kebangsaan Tahun 2025 peringkat negeri Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah itu dimulakan dengan sesi senaman regangan sebelum kibaran Jalur Gemilang diiringi lagu patriotik.

Fatimah (lima dari kanan) menyempurnakan perlepasan Unity Walk.

Menurut Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) Seroji Ludin jarak Unity Walk sejauh 2 kilometer bermula dari Kompleks Sukan Sarikei dan berakhir di Bazar MARA Sarikei.

Ia memperlihatkan beberapa peserta mengenakan pelbagai pakaian etnik tradisional selain daripada pakaian sukan bersama kemeja-T rasmi Unity Walk.

“Unity Walk ini disifatkan sebagai acara yang berintipatikan satu langkah bersama menuju masa depan yang harmoni dan bersatu padu,” kata Seroji semasa ditemu bual.

Menurut Seroji, Unity Walk seumpama satu langkah bersama menuju masa depan yang harmoni dan bersatu padu.

Program itu ternyata mendapat sambutan yang sangat luar biasa apabila semua peringkat usia turut serta, mencerminkan kerjasama masyarakat bagi menjayakan sambutan yang penuh semangat patriotisme dan perpaduan.

 

-RJ-

Tinggalkan komen anda