Skip to main content
JohorBerita SelatanBerita Tempatan

Mindventure 2025 Tingkat Kesedaran Kesihatan Mental dalam Kalangan Pelajar

By 28 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman/Politeknik METrO Johor Bahru

JOHOR BAHRU, 28 Ogos (MalaysiaAktif) – Seramai 53 pelajar Politeknik METrO Johor Bahru menyertai Program Mindventure: The Amazing Race 2025 yang berlangsung dengan kerjasama Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru.

Program Mindventure Explorace 2025 meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kesihatan mental dalam kalangan pelajar.

Ketua Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental HSI Dr. Nor Faizah Ibrahim berkata program itu merupakan platform kreatif dan interaktif dalam mendidik pelajar mengenai kepentingan menjaga kesihatan mental.

“Diharapkan inisiatif seperti ini dapat diteruskan dan diperluaskan agar lebih ramai mendapat manfaat dalam memahami serta menangani isu kesihatan mental secara lebih terbuka dan berilmu,” katanya ketika ditemui di Politeknik METrO Johor Bahru, di sini semalam.

Seramai 53 pelajar Politeknik METrO Johor Bahru menyertai Program Mindventure: The Amazing Race 2025 anjuran bersama Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru.

Sepanjang penganjuran, peserta perlu melalui 10 stesen interaktif yang menyediakan pelbagai aktiviti berkonsepkan permainan santai, bertujuan menyampaikan maklumat berkaitan kesihatan mental secara lebih mudah difahami.

Penganjuran program berkenaan diharap dapat menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif seumpamanya pada masa hadapan dalam memperkukuh kesedaran dan kefahaman masyarakat mengenai isu kesihatan mental.

-RI

Tinggalkan komen anda