Skip to main content
Berita TempatanLabuan

Minggu Perpaduan Wujudkan Tapak Integrasi Rakyat Berinteraksi Antara Satu Sama Lain

By 17 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/Kementerian Perpaduan Negara

LABUAN, 17 Ogos (MalaysiaAktif) – Sambutan Minggu Perpaduan mewujudkan tapak integrasi supaya rakyat dapat berinteraksi antara satu sama lain yang akhirnya menjadi satu ekosistem perpaduan yang baik.

Aaron mencuba permainan gasing tradisi.

Menurut Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang sambutan di peringkat Labuan itu adalah kesinambungan kepada gelombang perpaduan yang telah digerakkan di peringkat kebangsaan.

“Program-program yang dianjurkan sama ada pameran kebudayaan, aktiviti komuniti, sukan rakyat, pameran rumah etnik, dialog antara kaum, aktiviti belia, dan persembahan seni bukan sahaja bertujuan menghiburkan tetapi menjadi saluran untuk memperkukuhkan akar perpaduan,” katanya semasa merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan dan Sambutan Jubli Emas Rukun Tetangga Tahun 2025 Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan di sini pagi semalam.

Dalam perkembangan lain beliau, berkata 37 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) telah ditubuhkan di seluruh Labuan sebagai usaha memperkukuh hubungan sosial dan perpaduan di peringkat komuniti.

Aaron (kanan) semasa mengunjungi gerai pameran masyarakat Sikh Labuan.

“Kementerian Perpaduan Negara telah memperkenalkan inisiatif KRT Progresif, iaitu sebuah program menaik taraf Kawasan Rukun Tetangga (KRT) agar menjadi lebih progresif dan berdaya maju.

“Pada tahun lalu, satu KRT di Labuan telah dipilih sebagai KRT Progresif dan diberikan geran berjumlah RM 88,500 kepada KRT Kampung Kilang Pulau Akar,” katanya.

Pada majlis itu beliau turut menyampaikan Anugerah Sambutan Jubli Emas Rukun Tetangga 2025 kepada KRT Kampung Patau-Patau 1, KRT Kampung Patau-Patau 2, Skim Rondaan Sukarela (SRS) Taman Perumahan Mutiara dan KRT Kampung Kilan Pulau Akar.

-RI

Tinggalkan komen anda