Skip to main content
Berita TempatanSarawak

PENTARAMA Semarakkan Semangat Patriotisme Pelajar SMK Meradong

By 28 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhafizah Yusof (Sarawak)

MERADONG, 28 Ogos (MalaysiaAktif) – Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Sarawak dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Meradong telah menganjurkan program PENTARAMA X Kelab Malaysiaku hari ini bagi mendekati pelajar sekolah menengah serta menyemarakkan Sambutan Bulan Kebangsaan dan semangat cintakan negara.

Kehadiran dan sambutan mengalakkan pelajar SMK Meradong pada program PENTARAMA X Kelab Malaysiaku.

Program yang melibatkan 700 pelajar serta warga sekolah itu menampilkan persembahan artis PENTARAMA JAPEN yang menghidupkan suasana dengan lagu patriotik, kuiz kenegaraan dan interaksi berkesan.

Sambutan hangat daripada pelajar membuktikan bahawa penyampaian mesej kenegaraan melalui hiburan merupakan pendekatan berkesan untuk menyemai rasa cinta akan tanah air.

Ketua Cawangan PENTARAMA JAPEN Sarawak Denver Bantok berkata pelajar dilihat teruja dengan persembahan artis PENTARAMA yang menghiburkan dan amat menerima baik baik setiap mesej berkaitan nilai patriotisme dalam setiap segmen.

Nurul, menyifatkan PENTARAMA sebagai platform menarik yang mampu membangkitkan semangat kebangsaan dan mendidik pelajar menghargai sejarah negara.

Nurul Alya Badarul Zaman, 16, berkata program itu sangat menarik dan mampu membangkitkan semangat kebangsaan dalam diri pelajar malah membantu pelajar memahami sejarah negara dan pentingnya mempertahankan kemerdekaan serta keharmonian negara.

“Program ini memberi impak besar dalam membakar semangat patriotisme sehinggakan kami akan lebih bersemangat untuk menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos nanti di Sarikei,” kata Bathrisya Rumbai Unggun, 16, pula.

Mereka berdua turut sependapat bahawa bahawa Program PENTARAMA X Kelab Malaysiaku bukan sahaja menghiburkan, malah menjadi medium penting dalam membentuk jati diri generasi muda yang mampu menjadi pemacu kepada semangat jiwa merdeka.

-RJ-

Tinggalkan komen anda