Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Perak Catat Antara Lima Negeri Tertinggi Kes Keganasan Rumah Tangga

By 22 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sarah Nur Saad (Perak)/UKK Jabatan Pembangunan Wanita

IPOH, 22 Ogos (MalaysiaAktif) – Negeri Perak menjadi antara lima negeri mencatatkan kes keganasan rumah tangga tertinggi dari segi nisbah kes berbanding populasi penduduk negara seramai 2.6 juta orang.

Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad ketika berucap merasmikan Majlis Advokasi Kesejahteraan Untuk Wanita @Keganasan Rumah Tangga (Aku Wanita@KRT) Negeri Perak, di sini kelmarin.

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan sebanyak 7,116 kes keganasan rumah tangga di seluruh negara pada tahun lalu, manakala sehingga Jun 2025 sebanyak 3,768 kes telah dilaporkan.

“Bagi Negeri Perak, kes sama untuk tahun 2024 adalah sebanyak 842 manakala sehingga Jun tahun ini, 653 kes telah dilaporkan berbanding 265 kes dalam tempoh sama tahun lepas,” katanya ketika berucap di Majlis Advokasi Kesejahteraan Untuk Wanita @Keganasan Rumah Tangga (Aku Wanita@KRT) Negeri Perak, di sini kelmarin.

Noraini menyifatkan peningkatan ketara dalam tempoh tersebut adalah disebabkan ramai mangsa telah berani tampil untuk membela diri dan membuat laporan bagi mendapatkan bantuan.

Ketua-ketua jabatan dan antara khalayak yang hadir.

Walau bagaimanapun, beliau berkata terdapat wanita yang tidak sedar telah menjadi mangsa keganasan rumah tangga kerana pemikiran mereka telah dimanipulasi sehingga berasa bingung, ragu-ragu dan timbul persepsi dalam diri sendiri.

“Pelaku mungkin menyalahkan mangsa atas perkara yang tidak berlaku atau memutar belitkan fakta bagi menimbulkan rasa tidak berdaya sehingga menyebabkan trauma yang mendalam kepada mangsa,” katanya.

Situasi berkenaan katanya bakal memberi kesan jangka masa panjang terhadap kesihatan mental dan kesejahteraan emosi mangsa.

-RI

Tinggalkan komen anda