
Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin (Pekan)
PEKAN, 25 Ogos (MalaysiaAktif) – Program Ramah Mesra yang dianjurkan bersama kepimpinan masyarakat mampu menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim dan menyampaikan dasar-dasar kerajaan serta bantuan terus kepada rakyat.

Mohamed Puzi ketika menyampaikan ucapan perasmian.
Ahli Parlimen Pekan Datuk Sri Sh Mohmed Puzi Sh Ali berkata program anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Pekan itu menjadi wadah mengeratkan hubungan antara kepimpinan tempatan dengan masyarakat setempat, di samping menyampaikan sumbangan kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Jawatankuasa Kemajuan Rakyat (JKKR) serta Jawatankuasa Kemajuan Orang Asli (JKKOA) di kawasan Parlimen Pekan.
“Semoga usaha ini memberi manfaat serta mengukuhkan lagi semangat kebersamaan dalam komuniti kita,” katanya sewaktu berucap di Program Penyampaian Sumbangan dan Ramah Mesra Kepimpinan Masyarakat bersama Ahli Parlimen Pekan, di sini semalam.

Mohmed Puzi bergambar bersama para penerima sumbangan dan para jemputan.
Turut hadir memeriahkan program ialah pemimpin masyarakat, wakil agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta lebih 300 orang penduduk setempat.
Majlis berkenaan diharap dapat memperkukuh jaringan kerjasama antara kepimpinan dan komuniti, selaras dengan agenda Kerajaan MADANI yang menitikberatkan kesejahteraan rakyat serta perpaduan masyarakat.
-RI





