Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

PUO Capai 100 Peratus Pencapaian Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi 2025/2026

By 1 Ogos 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sarah Nur Saad (PUO)/Unit Komunikasi Korporat PUO

IPOH, 1 Ogos (MalaysiaAktif) – Politeknik Ungko Omar (PUO) berjaya mencatat 100 peratus pendaftaran pelajar baru bagi sesi 2025/2026 apabila seramai 1,727 pelajar baharu menyambung pengajian masing-masing di situ.

Kelihatan pelajar sedang gigih mengisi borang dan penyediaan dokumentasi bagi sesi pendaftaran.

Menurut Unit Komunikasi Korporat PUO dalam kenyataan dikeluarkan semalam, kejayaan itu mencerminkan kepercayaan ibu bapa dan pelajar terhadap tahap kualiti pendidikan serta persekitaran kondusif yang ditawarkan PUO.

“Sesi pendaftaran kali ini diserikan lagi dengan kehadiran tiga pasang kembar yang memilih PUO sebagai destinasi pengajian mereka.

“Pasangan kembar yang pertama iaitu iaitu Nurul Syafiena Nasaruddin dan Nurul Syafrieza Nasaruddin dari Rawang, Selangor telah memilih Diploma Pengajian Perniagaan,” menurut kenyataan itu.

Suasana ketika sesi pendaftaran.

Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) pula menjadi pilihan pasangan Saw Xin Ying dan Saw Xin Yi dari Kota Setar, Kedah manakala Sharran Raj Devaraju dan Sharanie Devaraju dari Rawang, Selangor yang memilih Diploma Perakauanan.

“Situasi unik ini menyerikan lagi suasana pendaftaran dan mencerminkan tarikan PUO sebagai institusi pendidikan tinggi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) pilihan utama,” menurut kenyataan itu.

-FN

Tinggalkan komen anda