Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Rakyat Bachok Penuhi Pasar Raya, SARA RM100 Beri Impak Besar

By 31 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Dayang Siti Nurzuhairah

BACHOK, 31 Ogos (MalaysiaAktif) – Pasar raya Pantai Timor Jelawat, di sini dibanjiri pelanggan tanpa henti sejak awal pagi apabila pelaksanaan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 bermula hari ini.

Kehadiran orang ramai dengan troli penuh barangan keperluan membuktikan inisiatif berkenaan memberi makna besar kepada rakyat, sekali gus mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan kebajikan masyarakat tanpa mengira latar belakang sosioekonomi terbela.

Siti Zainab mengambil peluang untuk menebus inisiatif ini untuk kegunaan dan keperluan anak beliau yang sedang bersekolah di sekolah berasrama penuh.

Sambutan luar biasa itu menyebabkan lorong kaunter sesak hingga sistem pembayaran digital sempat tergendala.

Bagi sebahagian besar pembeli, bantuan RM100 itu walaupun dianggap kecil oleh sesetengah pihak, tetap dihargai dan memberi kelegaan.

“Ramai orang kata RM100 kecil, tapi hari ini satu pasar penuh. Ini bukti rakyat hargai usaha kerajaan. Duit itu kami guna beli barang dapur dan ia amat bermakna bagi kami,” kata Siti Zainab Daud, 50, kepada MalaysiaAktif.

Suasana sesak juga tidak melemahkan semangat rakyat dengan ada pelanggan sanggup duduk di lantai sementara menunggu giliran pembayaran di kaunter.

“Macam hari raya, pelanggan tak putus-putus datang. Ramai guna SARA dan saya bangga kerana ini bukti kerajaan buat kerja,” kata Hanif Akmal Mohd Azhan, 19, Ahli Jawatankuasa Komuniti MADANI Pantai Irama.

Pengunjung yang terdiri daripada warga emas duduk di atas lantai menunggu giliran sewaktu sistem tergendala.

Penghargaan SARA RM100 adalah salah satu daripada enam inisiatif “Penghargaan Buat Rakyat Malaysia” yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia menjadi bukti bahawa konsep Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni bukan sekadar slogan, tetapi realiti yang sedang dirasai rakyat.

Selain meringankan beban harian, ia turut mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan negara yang berjiwa rakyat.

Hari ini, Pantai Timor Jelawat menjadi saksi bagaimana bantuan sederhana mampu memberi impak besar dalam kehidupan seharian masyarakat.

-RI

Tinggalkan komen anda