Skip to main content
Berita TimurBerita TempatanKelantan

Karnival Jiwa Merdeka Telaga Mas 2025 Meriah

By 31 Ogos 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Robani Nabi Ahmad

RANTAU PANJANG, 31 Ogos (MalaysiaAktif) – Karnival Jiwa Merdeka MADANI Telaga Mas 2025 yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Kok Pauh selama dua hari berakhir meriah dengan sambutan Ambang Merdeka penuh warna-warni, disertai kibaran Jalur Gemilang dan laungan “Merdeka!” tepat tengah malam semalam.

Barisan Ahli Jawatan Kuasa Kerja Program Karnival Jiwa MADANI Telaga Mas dan Jiwa Komuniti MADANI Banggol Kulim.

Program anjuran Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Mukim Telaga Mas dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Jabatan Penerangan dan Komuniti MADANI Banggol Kulim itu mendapat sambutan hangat masyarakat setempat.

Antara pengisian utama ialah persembahan kebudayaan, pertandingan rakyat, pameran agensi kerajaan, serta tarian tradisional oleh kanak-kanak tempatan.

Malam kemuncak turut dimeriahkan dengan bacaan doa kesejahteraan negara, nyanyian lagu patriotik, dan percikan bunga api sempena ulang tahun kemerdekaan ke-68.

-RI

Tinggalkan komen anda