Skip to main content
Berita TempatanLabuan

Rumah MAIWP Gembirakan Ibu Tunggal

By 29 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/MAIWP

LABUAN, 29 Ogos (Malaysiaaktif) – Dua orang ibu tunggal gembira setelah menerima rumah bantuan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), semalam.

Syed Kamarulzaman (lima dari kanan) menyempurnakan penyerahan rumah bantuan MAIWP kepada Rosnah.

MAIWP Labuan dalam kenyataan memaklumkan Misnah Chumin, 66, dari Kampung Lajau dan Rosnah Bidin, 57, dari Kampung Pohon Batu masing-masing menerima sebuah rumah bantuan daripada MAIWP bernilai RM100,000.

“Misnah, seorang balu yang uzur akibat faktor usia dan penyakit, tidak lagi mampu bekerja serta menanggung seorang anak lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 37 tahun, dan kini bergantung sepenuhnya kepada bantuan MAIWP dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Rosnah menanggung tiga orang anak, seorang masih bersekolah menengah, seorang menuntut di Universiti Teknologi Malaysia, manakala seorang lagi merupakan pemegang kad OKU.

Syed Kamarulzaman dan ahli rombongan MAIWP beramah mesra dengan Rosnah sekeluarga.

“Prihatin terhadap kerosakan teruk rumah lama mereka, MAIWP meluluskan pembinaan sebuah rumah baharu bernilai RM100,000 melalui Skim Bantuan Membina Rumah MAIWP,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, salah seorang anak Rosnah turut menerima bantuan persediaan IPT bernilai RM1,500.

Majlis penyerahan rumah tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi MAIWP, Datuk Syed Kamarulzaman Syed Kabeer.

Menurut MAIWP, Misnah dan Rosnah adalah penerima Bantuan Sara Hidup bernilai RM500 dan Bantuan Pembekalan Barangan Keperluan Asasi bernilai RM300 secara bulanan.

-RI

Tinggalkan komen anda