Skip to main content
Berita TengahBerita TempatanKuala Lumpur

Sambutan Bayi Merdeka 2025: Lambang Harapan dan Generasi Masa Depan Malaysia

By 31 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rahimah Rafiai/Muhammad Azrul Hafiz

KUALA LUMPUR, 31 Ogos (MalaysiaAktif) – Hospital Tunku Azizah (HTA), di sini telah menganjurkan Majlis Sambutan Bayi Merdeka 2025 sebagai satu penghormatan kepada kelahiran generasi baharu, yang menjadi simbol harapan dan pewaris masa depan negara.

Majlis tersebut bukan sekadar meraikan ulang tahun kemerdekaan negara, tetapi memberi tumpuan kepada kelahiran bayi-bayi Merdeka yang lahir pada tanggal 31 Ogos.

Majlis potong kek kemerdekaan.

“Sehingga jam 9.30 pagi pada 31 Ogos 2025, seramai 12 bayi Merdeka telah selamat dilahirkan di HTA,” kata Pengarah Hospital Tunku Azizah Dr. Shamsul Anuar Kamarudin.

Menurutnya, sejak tahun 2022 hingga 2024 sahaja, hospital berkenaan merekodkan lebih 36,000 kelahiran, termasuk 80 bayi yang lahir pada tarikh keramat tersebut.

“Statistik ini membuktikan HTA bukan sahaja pusat kesihatan, tetapi juga saksi kepada lahirnya pewaris bangsa,” katanya.

Sesi fotografi bersama penaja dan Ahli Lembaga Pelawat HTA.

Suri rumah Lim Lee Yun, 26, bayi perempuannya dilahirkan pada pukul 12.10 pagi tadi, lahir awal dua hari daripada jangkaan.

Hidayah Sadik, 24, yang melahirkan bayi perempuan pada pukul 12.50 pagi tadi merasa gembira dan bersyukur kerana anak sulungnya lahir pada tarikh 31 Ogos bersamaan dengan tarikh kemerdekaan Malaysia.

Nur Mazlina Marwazi, 30, pula melahirkan bayi lelaki pada pukul 12.55 pagi tadi dan berasa amat bersyukur kerana dikurniakan bayi lelaki yang lahir pada 31 Ogos.

-RI

Tinggalkan komen anda