Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

500 Jemaah Hadir Majlis Doa Selamat Sempena Perkahwinan Raja Muda

By 26 September 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rose Ryqal/Suhkur Doni

KLANG, 26 Sep (MalaysiaAktif) – Majlis Doa Selamat dan Bacaan Yassin sempena Perkahwinan Diraja Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj (Raja Muda Selangor) dan Cik Afzaa Fadini Datuk Abdul Aziz telah diadakan serentak di seluruh daerah negeri Selangor malam tadi.

Jemaah yang dihadiri oleh masyarakat di Klang.

Seramai 500 orang jemaah hadir di majlis yang diadakan di Masjid Diraja Sultan Suleiman, di sini.

Majlis dimulakan dengan solat maghrib yang diimamkan oleh Pengurus Masjid Ustaz Muhammad Syafiq Suhiman diikuti bacaan doa selamat dan bacaan Yassin yang diketuai Pegawai Tadbir Agama Daerah Klang Lukman Mohd Hosni.

Jemaah wanita tidak ketinggalan hadir ke majlis ini.

Turut hadir Pegawai Daerah Klang Amri Ismail, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan, pemimpin-pemimpin politik serta para pelajar dari Kolej Islam Sultan Alam Shah.

-RI

Tinggalkan komen anda