
Laporan/foto: Azimee Abdullah
PULAU BETONG, 12 Sep (MalaysiaAktif) – Penganjuran perarakan Maulidur Rasul menjadi wadah menyemai kecintaan terhadap Rasulullah SAW dalam kalangan pelajar sejak dari usia muda.

Pengerusi Madrasah Hidayatul Islamiah Pulau Betong (kiri).
“Kami mahu anak-anak ini mengenali kisah kelahiran Rasulullah SAW serta memahami perjuangan Baginda menegakkan Islam yang penuh pengorbanan dan kasih sayang.
“Walaupun jarak perarakan hanya dua kilometer, semangat mereka sangat membanggakan dan menjadi bukti bahawa cinta kepada Rasulullah SAW tetap mekar dalam hati generasi muda,” kata Pengerusi Madrasah Hidayatul Islamiah Ismail Kassim, di sini kelmarin.
Beliau turut merakamkan penghargaan atas sokongan padu yang diberikan oleh para ibu bapa dan guru dalam menjayakan majlis itu yang dianjurkan setiap tahun dengan kerjasama Kariah Masjid Ar Raudhah, Pulau Betong.

Bersama barisan guru dan ibu bapa menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul di Madrasah Hidayatul Islamiah.
Seramai 120 pelajar Madrasah Hidayatul Islamiah menyertai perarakan memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta meneladani perjuangan Baginda dalam menegakkan syiar Islam.
Perarakan yang bermula dari perkarangan madrasah itu turut disertai unit bergerak Jabatan Penerangan dengan para peserta membawa sepanduk bertemakan kecintaan kepada Rasulullah SAW sambil berselawat secara beramai-ramai sepanjang laluan.
-RI





