
Laporan/ foto : Kamarulzaman Ahmad/ Mohammad Izwan (Sarawak)
DALAT, 10 Sep (MalaysiaAktif) – Program Jualan Rahmah Kasih Sayang Bergerak anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) dengan kerjasama CAFU Supermarket Mukah yang berlangsung di Stadium Perpaduan Dalat hari ini, mendapat sambutan hangat penduduk tempatan.

Sambutan mengalakkan masyarakat Dalat membuktikan inisiatif kerajaan membantu rakyat amat bertepatan.
Program ini bertujuan membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat dengan menawarkan pelbagai barangan keperluan asas pada harga yang lebih murah dan berpatutan.
Seperti di tempat lain, pengunjung Jualan Rahmah memberikan tumpuan krepada beberapa jenis barangan jualan antaranya beras, telur, minyak masak dan pelbagai produk harian lain yang menjadi keperluan masyarakat setempat.

Normala berharap Jualan Rahmah akan diteruskan di tempatnya kerana jualan tersebut membantu keluarga berpendapatan rendah.
Ramai yang berpandangan harga yang ditawarkan pada setiap Jualan Rahmah berpatutan dan ada ketikanya lebih murah berbanding di pasaraya dan kedai biasa sehinggakan jualan ini amat dinantikan oleh sesiapa sahaja.
Seorang pengunjung, Normala Mansor, 52, ketika ditemui berkata inisiatif sebegini amat dialu-alukan kerana harga barang di pasaran kini semakin meningkat.
“Melalui jualan bergerak ini, kami boleh membeli barangan asas harian dengan harga yang berpatutan dan saya amat berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana ia amat meringankan beban masyarakat, terutamanya bagi keluarga berpendapatan rendah,” katanya.

Kebiasaannya Jualan Rahmah berlangsung di dewan besar yang memberikan keselesaan biarpun dikunjungi ramai.
Menurut Normala lagi, harga barang jualan yang berpatutan amat membantu untuk tujuan penjimatan sekali gus menggalakkan budaya berbelanja secara berhemah dalam kalangan masyarakat tempatan.
Kesimpulannya, inisiatif kerajaan yang mewujudkan Jualan Rahmah Kasih Sayang Bergerak memberi impak positif kepada rakyat dengan menyediakan akses kepada barangan keperluan pada harga lebih rendah, sejajar dengan matlamat Malaysia MADANI yang prihatin terhadap kesejahteraan rakyat.
-RJ-





