Skip to main content
Berita UtaraBerita TempatanPulau Pinang

Kerajaan Yakin MyKad Mekanisme Efisien Salur Bantuan

By 15 September 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Amalina Shazwani/Shamsul Bahari Abdul Shukor

SUNGAI ACHEH, 14 Sep (MalaysiaAktif) – MyKad terbukti sebagai mekanisme yang efisien dan selamat dalam menyalurkan bantuan kerajaan kepada rakyat, khususnya dalam memastikan hanya penerima yang layak mendapat manfaat daripada inisiatif tersebut.

Program ini menghimpunkan lebih 200 Komuniti MADANI dari daerah Seberang Perai Selatan.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata setakat ini Kementerian Kewangan tidak menerima sebarang laporan berhubung ketirisan atau penyalahgunaan bantuan yang disalurkan melalui pengesahan identiti menggunakan MyKad, sekali gus membuktikan keberkesanannya.

“Itulah sebab kerajaan memilih MyKad sebagai medium pengesahan identiti warganegara bagi memastikan ketelusan penyaluran bantuan, terutama bagi bantuan tunai.

“Mekanisme ini turut menjadi asas kepada pelaksanaan penetapan harga baharu RON95 pada RM1.99 seliter kelak. Maklumat lanjut berhubung perkara itu akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Bersama Aktifkan Kesukarelawanan Teras Inspirasi (BAKTI) Komuniti MADANI Sungai Acheh yang diadakan di Jeti Haji Ibrahim, Nibong Tebal, di sini semalam.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil (enam dari kiri) bergambar kenangan bersama penduduk setempat yang hadir.

Program anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) di Pulau Pinang itu menghimpunkan lebih 200 Komuniti MADANI dari daerah Seberang Perai Selatan, dengan matlamat memperkukuh budaya kesukarelawanan serta menyemai semangat kebersamaan dan perpaduan dalam kalangan komuniti.

Program dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti jualan Agro MADANI, pertandingan sukan rakyat, pertandingan mewarna serta perkhidmatan komuniti seperti penukaran minyak hitam dan gunting rambut percuma.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Seri Mohamad Fauzi Md. Isa dan Ketua Pengarah JAPEN Julina Johan.

-RI

Tinggalkan komen anda