Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Rodiyah: Umat Islam Perlu Utamakan Ilmu, Ekonomi dan Perpaduan Demi Ummah Maju Makmur

By 6 September 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Rick Anderson Rini (Sarawak)

SIMUNJAN, 6 Sep (MalaysiaAktif) – Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Simunjan 1447H/2025M yang berlangsung pagi ini di Dataran Simunjan penuh warna-warni dengan pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan, mencerminkan semangat perpaduan serta penghayatan tema “Ummah Maju Makmur” dalam kalangan masyarakat setempat.

Rodiyah (tengah) menyampai hadiah kepada peserta pertandingan perarakan.

Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapi’ee dalam ucapan perasmiannya berkata, tema tahun ini mencerminkan keperluan umat Islam untuk terus berilmu, berdaya saing dan mengutamakan perpaduan demi kesejahteraan bersama.

“Umat Islam perlu memberi perhatian kepada tiga aspek utama iaitu pendidikan dan ilmu, pembangunan ekonomi inklusif serta memperkukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum.

“Nilai gotong-royong dan kebersamaan di Simunjan juga adalah contoh terbaik bagaimana konsep atau tema Ummah Maju Makmur dapat direalisasikan,” katanya.

Rodiyah juga berharap sambutan ini menjadi titik tolak untuk semua pihak mengamalkan ajaran Rasulullah SAW serta mengekalkan semangat ukhuwah demi kemajuan Daerah Simunjan.

Onet  dari RELA komited pastikan keselamatan sambutan Maulidur Rasul di Simunjan.

Sambutan tahun ini amat menarik perhatian masyarakat di Simunjan melalui pelbagai pengisian acara seperti Malam Cinta Rasul, Pertandingan Khat, Nasyid, Lagu Dakwah, perarakan dan pertandingan sepanduk yang disertai agensi, sekolah dan pihak lain.

“Kehadiran masyarakat amat ramai dan mengalakkan namun kami anggota RELA tetap mengutamakan keselamatan dan kelancaran majlis,” kata Onet Seli, 53, anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang ditemui ketika bertugas di majlis sambutan terssebut.

Mohammad bersama trofi yang dimenangi kumpulannya semasa Pertandingan Perarakan Sempena Maulidur Rasul Maulidur Rasul.

Sementara itu, Mohammad Fairuz, 40, ketua kumpulan Kampung Sungai Apin yang memenangi johan bagi Kategori B, Pertandingan Perarakan Sempena Maulidur Rasul Peringkat Daerah Simunjan Tahun 2025 melahirkan kesyukuran kerana kumpulannya memenangi perarakan kali ini.

“Kami telah membuat persiapan hampir sebulan sehinggakan setiap perincian perarakan dipastikan tersusun rapi tetapi apa yang utama adalah kemenangan ini bukan sekadar penghargaan, ia juga simbol kesatuan dan kecintaan kami kepada Rasulullah SAW,” ujarnya lagi.

-RJ-

Tinggalkan komen anda