Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Sembang Santai, Kuiz Kenegaraan Meriahkan Suasana Hari Malaysia di Pasar Payang

By 11 September 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Izzah Insyirah Mamat/Nik Noor Fatin Fatihah Nik Hasri (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 11 Sep (MalaysiaAktif) – Suasana Pasar Payang bertambah meriah dengan penganjuran Program Sembang Santai Kuiz Kenegaraan sempena sambutan Hari Malaysia 2025, kelmarin.

Pegawai Penerangan ketika mengendalikan sesi kuiz bersama orang ramai di hadapan Pasar Payang.

Program anjuran bersama Pejabat Penerangan Daerah Kuala Terengganu dan Komuniti MADANI Padang Negara itu berjaya menarik penyertaan ramai pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Ketua Komuniti MADANI Padang Negara Mohamad Syahmi Ghazali, berkata pendekatan interaktif seperti ini lebih dekat dengan masyarakat khususnya generasi muda.

“Melalui program sebegini, kita mahu masyarakat lebih menghargai erti kemerdekaan serta kepelbagaian budaya yang ada di Malaysia,” katanya.

Pengunjung bertuah menerima hadiah selepas berjaya menjawab soalan Kuiz Kenegaraan sempena Hari Malaysia di Pasar Payang.

Kuiz berkonsep santai tetapi penuh ilmu ini mengetengahkan soalan-soalan berkaitan sejarah negara, tokoh kemerdekaan, perlembagaan serta pencapaian Malaysia sejak tahun 1963. Ia bukan sahaja menguji pengetahuan, malah turut menyemai semangat patriotisme dan cintakan tanah air.

-RI

Tinggalkan komen anda