Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

UUM Terima 4,549 Pelajar Baharu Sesi 2025/2026

By 24 September 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Facebook Universiti Utara Malaysia (UUM) (Kedah)

SINTOK, 24 Sep (MalaysiaAktif) – Universiti Utara Malaysia (UUM) terus menjadi pilihan apabila seramai 4,549 pelajar baharu tempatan dan antarabangsa mendaftar bagi sesi akademik 2025/2026.

Naib Canselor Prof. Datuk Dr. Mohd Foad Sakdan berkata daripada jumlah itu 4,381 adalah pelajar tempatan dan 168 antarabangsa, dengan majoriti kemasukan melalui saluran UPU.

UUM menyambut kedatangan pelajar baru dengan cara penuh kreatif dan bermakna.

“Pada kali ini, 69 peratus pelajar adalah perempuan, manakala Program Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian merekodkan kemasukan terbesar seramai 430 pelajar,” katanya, di sini semalam.

Universiti pengurusan terkemuka negara itu turut menerima sembilan pasangan kembar, 11 pelajar orang kurang upaya (OKU) serta sembilan pelajar Orang Asli, menjadikan jumlah keseluruhan pelajar universiti kini 30,212 orang.

-RI

Tinggalkan komen anda