Skip to main content
Berita TempatanLabuan

‘Warisan Seni Borneo’ Hadirkan Kelainan dalam BAF 2025.

By 29 September 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Roziman Mahmudin (Labuan)

LABUAN, 29 Sep (MalaysiaAktif) – Tema ‘Warisan Seni Borneo’ bakal menampilkan kelainan dalam penganjuran Borneo Arts Festival (BAF) 2025, November ini.

Menurut Pengerusi Perbadanan Labuan Datuk Mohd Husni Mohamad Salleh, BAF telah melalui evolusi dan sudah menjadi acara ikonik yang disenaraikan di bawah kluster pembangunan pelancongan Brunei-Indonesia-Malaysia-Philippines East Asean Growth Area (BIMP-EAGA).

Mohd Husni semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Pra Pelancaran BAF 2025.

“Kita akan ketengahkan sesuatu yang baharu dari segi promosi dan pemasaran serta menambah elemen inovasi agar mampu menjadi tarikan kepada festival ini,” katanya ketika ditemui media selepas pra pelancaran Borneo Arts Festival 2025, di sini kelmarin.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Mohd Sukuran Taib berkata BAF 2025 akan mempertaruhkan tiga acara utama iaitu persembahan tarian, muzik etnik selain pelbagai acara seni yang turut dikekalkan.

Gimik pra pelancaran BAF 2025 yang bakal hadir dengan beberapa pembaharuan.

“Edisi kali ini turut memperkenalkan beberapa pengisian baharu termasuk Laman Etnik, Taman Pesona Warisan Borneo dan ‘Secret Garden’.

“Ini antara kelainan yang dibawa di luar bangunan, seiring dengan penganjuran Borneo Flora Festival sebelum ini untuk memberi peluang kepada pengunjung menikmati pertandingan serta paparan kepelbagaian suku etnik dan budaya semasa Borneo Arts Festival nanti,” katanya.

BAF 2025 akan berlangsung pada 13 hingga 17 November ini di Taman Awam Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.

-RI

Tinggalkan komen anda