
Laporan/foto: Muhammad Hafizul Mohd Adzhari
MASJID TANAH, 21 Sep (MalaysiaAktif) – Penganjuran Program World Cleanup Day menjadi platform untuk mendidik masyarakat tentang tanggungjawab menjaga kebersihan persekitaran dan memastikan kelestarian alam sekitar terus terpelihara.

Peserta bergotong-royong membersihkan pantai.
Menurut Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi Abdullah, World Cleanup Day bukan sekadar aktiviti pembersihan pantai, sebaliknya simbol tanggungjawab bersama dalam menjaga persisiran pantai dan perairan negara.

Penyampaian cenderamata.
“APMM telah melaksanakan Program Jiwa Murni sejak 2007 sebelum dijenamakan semula pada 2013 sebagai Program Sahabat Maritim (PSM), dan sepanjang enam tahun lalu sebanyak 193 program berjaya dianjurkan sehingga Ogos 2025,” katanya.
APMM dengan kerjasama Soroptimist International Ampang (SI Ampang) turut memilih Pantai Pengkalan Balak sebagai lokasi penganjuran Program World Cleanup Day 2025, di sini semalam.
-RI





