Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

2,000 Peserta Sertai Larian Bersama Wira Merah

By 20 Oktober 2025November 4th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Haniff Tukija/ Mohd Hafiz Mat Nor (Sabak Bernam)

SEKINCHAN, 20 Okt (MalaysiaAktif) – Lebih 2,000 peserta sertai larian bersama Wira Merah Sabak Bernam yang julung kali diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan.

Tetamu kehormat melepaskan peserta menggunakan kren jentera bomba

Ketua Bomba Zon 7 Daerah Sabak Bernam, Samsol Maarif Saibani, berkata program ini merupakan inisiatif mereka untuk menjadikan bomba lebih mendekati masyarakat.

“Ini adalah inisiatif yang terbaik hasil kerjasama dengan beberapa agensi dan pihak swasta dalam merancakkan lagi kolaborasi diantara semua pihak.

“Pihak kami tidak menyangka sambutan daripada orang awam sangat menggalakkan dan program ini akan dibuat secara tahunan,” katanya.

Samsol berkata, ini adalah percubaannya yang pertama kali untuk mengadakan acara larian di peringkat daerah.

Sesi pemanasan badan para peserta sebelum dilepaskan

Program berkenaan merupakan anjuran Bomba Zon 7 daerah Sabak Bernam dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam, Jabatan Kerja Raya Daerah Sabak Bernam, Pejabat Penerangan Daerah Sabak Bernam, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sabak Bernam serta Majlis Daerah Sabak Bernam.

Program tersebut mendapat sambutan menggalakkan lebih 2,000 orang peserta hadir di Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan seawal 4.00 pagi, kelmarin.

Peserta larian dilepaskan oleh Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Datuk Ng Suee Lim bersama EXCO Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Datuk Rizam Ismail serta Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor Wan Md Razali Wan Ismail.

-AA-

Tinggalkan komen anda