Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

650 Peserta Terima Lesen B2 Secara Percuma

By 12 Oktober 2025November 4th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Mohammad Rasuli (Bagan Datuk)/Facebook Zahid Hamidi

HUTAN MELINTANG, 12 Okt (MalaysiaAktif) – Seramai 650 peserta terdiri daripada pelajar sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) serta golongan belia B40 negeri Perak menerima lesen memandu motosikal B2 secara percuma menerusi Program MyLesen B2 anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata pelaksanaan program itu membuktikan komitmen Kerajaan MADANI memperluas akses mobiliti rakyat serta mengurangkan beban kewangan keluarga B40

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berkata pelaksanaan program oleh Kementerian Pengangkutan melalui JPJ itu membuktikan komitmen Kerajaan MADANI untuk memperluas akses mobiliti rakyat serta mengurangkan beban kewangan keluarga B40.

 

“Tungganglah motosikal dengan berhemah dan jadikan keselamatan diri serta pengguna lain sebagai keutamaan,” katanya ketika berucap Majlis Penyerahan Lesen Memandu Program MyLesen B2 Peringkat Negeri Perak Tahun 2025 di Kompleks UMNO Bagan Datuk, di sini semalam.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Seri Jana Santhiran Muniayan, program tersebut merupakan inisiatif kerajaan di bawah agenda Malaysia MADANI bagi membantu rakyat.

Antara peserta yang menerima Lesen B2 secara percuma

Ia katanya khusus bagi golongan muda dan berpendapatan rendah mendapatkan lesen memandu dengan cara lebih mudah dan percuma.

“Program ini turut menyokong usaha kerajaan meningkatkan tahap keselamatan jalan raya melalui pemandu yang berlesen, terlatih dan bertanggungjawab,” katanya.

Turut hadir memeriahkan majlis Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Negeri Perak Datuk Zolkafly Harun.

-AA-

Tinggalkan komen anda