Skip to main content
Berita TempatanLabuan

Ayuh Warga Labuan, Mari Kita Bergerak – Mohd Husni

By 12 Oktober 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto : Md Khairul Azad Yunus/Roziman Mahmudin (Labuan)

LABUAN, 12 Okt (MalaysiaAktif) – Warga Labuan diseru agar jangan bertangguh, terus bergerak mengeluarkan peluh dengan melakukan aktiviti kecergasan walaupun melalui aktiviti perlahan.

Kayuhan MADANI 30km antara aktiviti mewarnai HSN Labuan 2025

Menurut Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Mohd Husni Mohamad Salleh setiap langkah kecil adalah langkah besar ke arah kesihatan yang lebih baik.

“Kita hendaklah jadikan kesihatan sebagai keutamaan dalam hidup kita, cergas jadikan hari ini sebagai permulaan hari di mana kita melabur untuk masa depan kita. Skor Indeks Budaya Sukan Malaysia 2022 di Labuan adalah sebanyak 49.9% di mana masih ditahap rendah.

Pelbagai acara sukan pantai juga memeriahkan HSN Labuan 2025

“Pembudayaan sukan melalui amalam gaya hidup cergas dan aktif juga dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dan penyakit tidak berjangkit (NCD) dalam kalangan rakyat khasnya di Labuan,” katanya semasa merasmikan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Labuan di sini, semalam.

Hampir 24 ribu warga Labuan menjayakan pelbagai aktiviti bersempena HSN peringkat Labuan bermula 10 Oktober hingga hari ini dengan 42 acara dan aktiviti sukan dilaksanakan oleh agensi kerajaan, swasta, sekolah, organisasi bukan kerajaan (sukan) dan juga organisasi bukan kerajaan (belia).

-AA-

Tinggalkan komen anda