Skip to main content
Berita TengahBerita TempatanSelangor

Cahaya Tanglung Satukan Masyarakat Selayang

By 5 Oktober 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

SELAYANG, 5 Okt (MalaysiaAktif) – Pesta Tanglung Parlimen Selayang yang berlangsung meriah malam tadi disifatkan sebagai simbol cahaya, harapan dan semangat perpaduan masyarakat berbilang kaum.

Anfaal Saari berkata sambutan ini mampu menyatukan rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer Anfaal Saari berkata pesta itu bukan sekadar perayaan kebudayaan tetapi turut membawa mesej kebersamaan dan keharmonian dalam kalangan penduduk setempat.

“Cahaya lampu tanglung ini melambangkan harapan, pencerahan dan kekuatan untuk kita terus melangkah bersama.

“Nilai kasih sayang dan pengorbanan yang diwariskan orang tua menjadi panduan untuk generasi kini dan akan datang,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Selayang Baru, di sini semalam.

Anfaal menyapa salah seorang penduduk Selayang yang hadir memeriahkan Pesta Tanglung.

EXCO Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat itu berpendapat sambutan itu perlu terus diperkasa kerana mampu menyatukan rakyat tanpa mengira latar belakang.

Majlis turut dimeriahkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan, hiasan tanglung berwarna-warni serta kehadiran penduduk setempat yang bersama-sama meraikan suasana harmoni.

-RI

Tinggalkan komen anda