Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Perak Jadi Destinasi Seterusnya Jelajah Pink Etiqa 2.0

By 24 Oktober 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sarah Nur Saad/NCSM

IPOH, 24 Okt (MalaysiaAktif) – Jelajah Pink Etiqa 2.0 akan diteruskan di negeri Perak pada 31 Okt ini bertempat di Pusat Perubatan Sunway, di sini.

Program yang dilancarkan pada 16 Oktober lalu oleh Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan (KKM) Dr. Noraryana Hassan merupakan kesinambungan inisiatif Program Mamogram Percuma melalui kerjasama Etiqa dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) menerusi pelaksanaan ‘Pink Etiqa’ tahun lepas.

NCSM dalam satu kenyataan memaklumkan inisiatif itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran wanita mengenai kepentingan mengesan awal kanser payudara.

“Program ini turut menyediakan mamogram percuma kepada 4,000 wanita kurang berkemampuan berumur 40 hingga 65 tahun di seluruh negara melalui 17 hospital panel,” katanya.

NCSM memaklumkan bahawa sehingga kini, pihaknya telah menjalankan 120 program jangkauan dan melaksanakan 1,202 saringan mamogram, serta berjaya mengesan dua kes kanser payudara.

Sementara itu, Dr. Noraryana berkata KKM menyokong penuh inisiatif program berkenaan yang memberikan impak tinggi dalam menumpukan usaha membantu terutamanya komuniti kurang berkemampuan.

“Kami berharap kerjasama antara sektor awam, swasta dan badan bukan kerajaan akan terus berkembang dan meningkatkan kesedaran yang lebih tinggi dalam kalangan awam tentang kepentingan mengambil tanggungjawab terhadap kesihatan diri mereka,” katanya.

Terdahulu, Pink Etiqa 2.0 turut memilih destinasi jelajahnya di Klinik Kanser dan Saringan Kesihatan, NCSM, Kuala Lumpur dan Pusat Perubatan Darul Makmur Kuantan, Pahang.

-RI

Tinggalkan komen anda