Skip to main content
JohorBerita SelatanBerita Tempatan

Perkhidmatan Bas Percuma Sempena Tahun Melawat Johor 2026

By 14 Oktober 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal/Facebook Mohd Jafni Md Shukor (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 14 Okt (MalaysiaAktif) — Pelancong yang melawat Johor Bahru akan menikmati perkhidmatan bas percuma di sekitar bandar itu menjelang Tahun Melawat Johor 2026 yang akan memudahkan pergerakan dari satu destinasi ke destinasi yang lain.

Onn Hafiz merasmikan Majlis Pelancaran Tahun Melawat Johor 2026 bertempat di Zoo Johor, semalam.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata inisiatif berkenaan akan memberikan keselesaan pelancong semasa berada di Johor Bahru

“Ini akan memberikan perjalanan yang lancar apabila menggunakan perkhidmatan awam meskipun sekarang ini terdapat kerja-kerja pembinaan di bandar raya ini sedang dijalankan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Pelancaran Maskot, Lagu dan Video Rasmi Tahun Melawat Johor 2026 di Zoo Johor, di sini semalam.

Pembangunan di bandar raya itu juga katanya tidak akan menganggu kelancaran pergerakan dan trafik di sekitar kawasan pembinaan dan kerajaan negeri telah menyediakan bas percuma untuk kegunaan pelancong.

Onn Hafiz turut beramah mesra bersama pengunjung yang hadir ke Zoo Johor.

“Ini tidak menjadi kekangan kepada pelancong di Johor Bahru dan semua projek pembinaan yang sedang berjalan termasuk Sistem Tansit Rapid (RTS-Link) Johor Bahru-Singapura juga tidak akan menjadi penghalang kehadiran pelancong ke bandar raya ini,” katanya.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Asman Shah Abd Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor dan Pengarah Tourism Johor Mohammad Nazrul Abd Rahim.

-RI

Tinggalkan komen anda